PROGRAM DWISIJIL IGCSE 

PENGANTARABANGSAAN SISTEM PENDIDIKAN MARA

Transformasi pendidikan yang dicetuskan MARA The Way Forward mencabar MRSM untuk melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif (GEC) khususnya untuk membantu Negara menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB). Oleh itu MRSM berhasrat menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia. Justeru program dwisijil diperkenalkan sebagai wacana untuk memenuhi keperluan local dan global denga mementingkan keperluan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Program dwisijil ialah program gabungan kokurikulum kebangsaan dan kakorikulum International General Certificate of Secondary Education atau lebih dikenali sebagai IGCSE IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) system pendidikan MRSM sedia ada.

Hasratnya supaya pelajar MRSM should learn and go beyond SPM. Tambahan pula sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti pada peringkat antarabangsa.

Pelajar akan mengambil dua peperiksaan :SPM (Tingkatan 5) dan IGCSE (Tingkatan 4). Selain itu, mereka juga akan mengambil PT3 (Tingkatan 3) dan Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)

1. Cambridge Checkpoint (Tingkatan 2)

2. PT3 (Tingkatan 3)

3. IGCSE (Tingkatan 4)

4. SPM (Tingkatan 5)

Pelajar akan mengikuti pembelajaran  sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta dapat menyambung ke pringkat tertiari dengan lebih cepat kerana pelajar akan menduduki IGCSE pada bulan November tingkatan empat.. 

SPMRSM IGCSE in Brief